Sunday 22 April 2012

RESEPI CHEESE WEDGES


bahan-bahannye....:)

kentang dipotong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam 

Cara2~

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos & mayonis.

Friday 20 April 2012

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahualam

Thursday 19 April 2012

RESEPI KARIPAP SEDAP

Entry kali ini, just nk kongsikan resepi membuat currypuff....:) resepi inti currypuff umi..disebabkan teringin sangat nk mkn currypuff & resepi inti currypuff ni lain daripada biase, so saye akan kongsikan resepi ini y yea!!.thank q umi....:)





bahan-bahannya...
~kulit~

500 gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
2 sudu besar marjerin - panaskan (boleh digantikan dengan minyak masak)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air(air sejuk)

~inti~

bawang besar
cili kering
sardin (ikan sahaja)
kentang
air
gula
garam
rempah kari


cara-cara:

Campurkan kesemua bhn2 kering. Tuangkan minyak panas & gaul rata. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut. Untuk membuat inti, tumis bwg besar, masukkan rempah kari, kemudian cili kering...Then, masukkan sardin.. kentang , air, gula, garam...serentakkan rasanya..Selamat mencuba!

nota kaki : kuah sardin tidak digunakan untuk mengelakkan rasa masam...:)

DUIT BARU MALAYSIA


Duit baru Malaysia yang berkonsepkan budaya dan warisan negara. Motif reka bentuk duit syiling yang memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan juga seni kraftangan yang terdapat di Malaysia. Kalau dilihat, duit baru ini sepaerti permainan Saidina.... :)






nota kaki: wang ini mula diedar sepenuhnya pada julai 2012

DOA (untuk mendapatkan anak kembar&soleh)





Doa untuk mendapatkan anak yang soleh~


i) Surah Al-Furqan ayat 74:

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :

Maksudnya : Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:

Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

iv) Surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya : Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)


Doa untuk mendapatkan anak kembar~


i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!

ii) Surah As-Syura ayat 50:

Maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.


Wednesday 18 April 2012

TIPS MENGURANGKAN RABUN

New blog......& new entry!

Petua hari ini, adalah berkenaan cara mengurangkan penyakit rabun mata. 
So, kepada yang berkenaan bolehlah mencuba petua ini. Boleh dijadikan amalan seharian kerana ianya sangat mudah dan insyaallah berkesan...:)

1.Amalkan minum air rebuasan sawi. Sekurang kurangnya 3 kali seminggu.
2.Wapkan mata menggunakan air yang keluar semasa menanak nasi. Sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang mahal.
3. Makan makanan berkhasiat seperti, betik &carrot setiap hari!

SELAMAT MENCUBA~