Thursday 19 April 2012

DOA (untuk mendapatkan anak kembar&soleh)





Doa untuk mendapatkan anak yang soleh~


i) Surah Al-Furqan ayat 74:

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :

Maksudnya : Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:

Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

iv) Surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya : Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)


Doa untuk mendapatkan anak kembar~


i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!

ii) Surah As-Syura ayat 50:

Maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.


No comments:

Post a Comment